Tuesday, September 21, 2010

Sucikan Hati..

Kehidupan ini ada pasang surutnya..sebagaimana bulatnya bumi ini seperti bola..begitulah laluan kehidupan kita..bergolek,digolek dan terus bergolek dan digolek sehingga sampai satu masa ia akan berhenti sendri.Bila?Dimana?...wallahualam….Yang pasti semuanya adalah dengan keredhaan-Nya,aku akur dan pasrah dengan setiap yang telah Dia tentukan buat diriku.Meskipun aku juga sering tewas dengan gelodak jiwa maupun tuntutan nafsu aku sendiri.Seringkali aku merasakan hati ini tidak lagi suci..dek kerana terpalitnya rasa geram,benci,dendam,cemburu..menyampah..meluat..sakit hati..jauh hati..ha apa lagi…naik sesak dada ni melalui epilog hitam seperti itu.Aku tewas sebenarnya…sering bertanya…kenapa la aku tak seperti mereka.. bertuah ..bahagia…sempurna..mudah dalam setiap perancangan kehidupan mereka.Kenapa bukan aku?Kenapa aku begini..masih begini..tiada perubahan…kaku..kayu..batu…ish dah melalut aku ni…tapi itulah hakikatnya disaat hati tak suci..Ego kah..x bersyukur kah…mungkin ada kebenaran tapi kadangkala kerana manusia diluar sana yang buat n memaksa aku jadi begini…Ya Allah….aku bersyukur Ya Allah..bersyukur dengan pemberianmu…nikmat yang kau berikan tak mampu aku sangkalkan…aku yakin setiap yang Kau berikan buatku adalah yang terbaik buatku.Namun salah atau berdosakah aku punya impian..ingin menikmati kehidupan yang lebih baik dari hari ini….dan salah atau berdosakah aku membenci mereka yang begitu mudah menghina aku seolah diri mereka sahaja yang hebat…dan dek kerana itulah terpaksa berbohong dalam kebenaran hingga aku menjauh begini…membiarkan mereka-mereka yang tak bersalah tertanya-tanya mengapa aku menjauhkan diri…Aduhai kalian…kalian tidak akan faham apa yang aku rasakan..kerana aku x bisa menceritakan semuanya pada kalian..apa yang sebenarnya.. maafkan aku…pintaku ..izinkan aku membiarkan ia menjadi rahsia hatiku….semoga kekurangan ini lebih mendekatkan kita kepada Pencipta kita…lebih membuka mata kita bahawa lebih ramai lagi manusia yang serba kekurangan diluar sana…muhasabah diri…insafi diri…

Dek kerana mata...

Siapa sangka ya..
Jalinan ini sungguh indah
Hanya kerna satu persoalan
Yang remeh
Kita dipertemukan
Dek kerana
Itu kita teruskan
Tanpa pernah bersua muka
Kita lalui pelbagai cerita
Suka dan duka
Terkadang
Bertingkah pendapat
Terasa ingin pergi jauh
Namun hati ini rindu
Rajuk ku
Rajuk mu
Hanya mainan dalam perhubungan
Tanpa memberi kesan
Malah merapatkan lagi hubungan
Bahagianya hati
Menerima setiap pemberianmu
Mungkin kau juga begitu
Kerana aku yakin
Kau juga seperti ku
Seolah dapat
Merasakan
Apa yang kita fikirkan
Kerna mungkin persamaan kita
Yang banyak disebalik perbedaan
Semoga jalinan ini
Kekal selama-lamanya…
Amin…

Kutujukan buat seseorang yang kukenali tanpa bersua muka...siapa dia..hanya aku..dia dan Dia yang mengetahuii...

Friday, September 17, 2010

Aduhai Si Muke Buku..

Muke buku or nama glamer nyer facebook mmg mnjadi kegilaan pada masa kini...aku juga seperti mereka dan keluarga mereka yang sangat addicted ngn laman sesawang yang satu itu..x dinafikan kat situ macam2 ada!..Teringat masa aku dok giler main Farm Town..Farm Ville..Cafe..hihihi...best gler masa tu lebih2 lagi Farm Town..tiap2 hari dok ingat nak berkebun..pastu siap blh bekenalan lak tu..siap offer diri utk kje kat kebun org...hihihi mcm btul2 jer...sampai satu tahap member2 yang giler layan game tu pn dah slow down...maybe target dh dpt..so dh xde mood nak main...last game yang aku layan Cafe la...bila account aku belambak nak kena buat aku siap srh member aku setelkan..siap bagi password tu...hihihi..

Skang dah malas pulak aku nk layan game tu...account pn byk nk kena setel ..facebook pn sekadar 'tumpang lalu  ...ALAMAK...ADA KEJA LAK...CHOW!

************

crite aku kat atas ni x abis g..pasal si muke buku ni la..sbnrnya aku dh mula ...bosan ngn pesbuk nih...ntahla aku sndri pn xtau...kt sni aku leh nmpk btapa ramainya manusia2 yg hiporkrit..huhuhu..sampaikan kadangkala aku pun dpt rskan aku ni pun salah srg dr mereka....tp bila melihat mereka yg terlalu jujur(tgk pada status2 depa tu la)...hati ni plak trasa mual..ish ish...buruk perangai btolkan...bukan mereka...aku la....ada lagi aku nk cte ni....jap mau ambil angin japp....zasss.....

My Love...

Bagi mereka yang belum mengenali aku...disini aku ingin perkenalkan diriku yang sangat simple ni...Aku seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang...walaupun muka nya sespesies mcm aku jugak(muke sombong) tapi 'Dlm hati ada rumput karpet'...hehhehehe.Aku mempunyai dua orang anak lelaki yang semakin membesar.Aku mula sedar perkara ini apabila aku tgk koleksi baju2 anak2 aku dah mula kecik...seluar pun dh mula singkat...untuk abg yang sulung dah mula pakai saiz 6thn..dn adik 4thn..Mereka berdua ni dah dibiasakan oleh pengasuhnya(makcik aku sendri) mesti wajib pakai baju sama.Walaupun perbezaan umur mereka 2thn..tapi ada juga yang bertanya...'ehh kembar ker'....huhuhuhu...kdg mls jugak aku nk menjawabnya..sb mcm x logik jer..kan nampak berbeza tu...p mmg x dinafikan bila time main sama2 tu...mmg nmpk cm kmbar..gpun si adik ni kategori berisi jugak...emmm,,..ikut saper ntahh..huhuhu..:P
huhuhu...ini si kecik...ni lah dia kreta raya ku..kerna keta aku beraya kat bengkel....pai la ni pun msh di bengkel...mujur ada iswara lama ni buat aku pkai sementara.....abg aku punye da...sabor jer le...td asben kata kete ku xsiap agiii...maybe akan diganti waja buat sementara ...uwaaaa...igtkan leh dpt arini!!

ni lak si abang...bahagia jer korang yer..naik kete 'baru'.....uwaaaa.....

Masihkah Kau Ingat..

Artist : Kopratasa
Title : Masihkah Kau Ingat


Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat(8x)

hahahhaa..mst korang ingat aku ni addicted sgt ngan kumpulan kopratasa ni..cehh..xde maknanya..salah tu!Tp lagu ni mcm nostalgia la.,..kdg2 ...sesekali bibir kita ternyayi lagu2 lama serupa gini..xcaya cuba dgr suara-suara sumbang abang or kakak korang dlm bilik air(menyanyi didlm bilik air bukan tabiat yang bagus)..mst lagu2 oldskool gak dpa nyanyi..sbnya..lagu2 baru ni dh payah nk hafal(aku la),sb otak dh beku (lainla bg yg ada join 'Jangan Lupa Lirik')...korang camna ?cekap x hafal lirik lagu.Dulu aku masih ingat ada sorang roomate aku ms time study dlu...punya la terror bab hafal lirik ni..klu lagu omputih lagi la..tp bab hafal pelajaran...haaa,,,xpastilak aku...hihihi..

emmm..lagi apa yang aku dok teringat time ni ekk...yang pasti skang aku dok teringat apa nak masak arini...aduyaiiii..finin paler la...




ha aku ada idea!!!bli nasik bungkuih!!!!..cemerlang x ide aku ni ...ngeeeee :)

Wednesday, September 8, 2010

Aku masih disini

Alhamdulilah akhirnya aku berjaya juga membina semula laman blog aku yang baru setelah blog aku yang lama tu ...aku sendiri dah x boleh masuk.So, korang bayangkanlah betapa lamanya aku x mengaktifkan diri aku sampai blh lupa id sendri.Tapi dlm hati ni menggebu-gebu untuk memblog kan diri.Envy sungguh aku bila tgk blog rakan2 yang semakin meriah.Macam-macam cerita..ada cerita hebat..sayu..lawak..resepi...Aku??untuk blog aku yang ini aku blum ada idea yang btl2 bernas hahahhahha.N3 aku yang pertama ini sengaja aku katakan 'aku masih disini' sebabnya...Esok hari raya..dan aku masih di pejabat...bekerja kononnya macam org gile kuase.Hakikatnya...aku serupa org giler sbb ramai yang dah bercuti.Aku?Esok jer lah aku cuti.(hahhaahha)Hmmm..xperlahh kann..apa pun disini aku ingin memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku peluang lagi untuk menikmati Ramadhan dan Syawal(1431) bersama keluarga tercinta.Syukur sangat....sangat.