Tuesday, September 21, 2010

Dek kerana mata...

Siapa sangka ya..
Jalinan ini sungguh indah
Hanya kerna satu persoalan
Yang remeh
Kita dipertemukan
Dek kerana
Itu kita teruskan
Tanpa pernah bersua muka
Kita lalui pelbagai cerita
Suka dan duka
Terkadang
Bertingkah pendapat
Terasa ingin pergi jauh
Namun hati ini rindu
Rajuk ku
Rajuk mu
Hanya mainan dalam perhubungan
Tanpa memberi kesan
Malah merapatkan lagi hubungan
Bahagianya hati
Menerima setiap pemberianmu
Mungkin kau juga begitu
Kerana aku yakin
Kau juga seperti ku
Seolah dapat
Merasakan
Apa yang kita fikirkan
Kerna mungkin persamaan kita
Yang banyak disebalik perbedaan
Semoga jalinan ini
Kekal selama-lamanya…
Amin…

Kutujukan buat seseorang yang kukenali tanpa bersua muka...siapa dia..hanya aku..dia dan Dia yang mengetahuii...

No comments:

Post a Comment